Monday, 30 June 2014

4 Cara Mujarab Merawat Penyakit Hati. #3 Yang Terbaik. InsyaAllah

    
Setiap manusia tentu memiliki hati. Hati inilah yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang.
Apabila hati ini baik, maka manusia tersebut akan memiliki sifat yang terpuji. Namun jika hati yang dimiliki seorang manusia telah penuh dengan niat jahat, ini merugikan diri sendiri dan orang lain.
Hati yang hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana.  
Hati yang mampu menyelami hikmah dalam lubuk musibah, hati yang mampu teguh dalam kegoncangan hidup.

Penyakit Hati Penyakit Paling Bahaya

Bagi saya, diantara semua penyakit, penyakit inilah paling bahaya. Kerana apabila hati kita telah mati, hati kita tidak akan akan sensitif lagi terhadap dosa.
Hati yang mati juga tidak akan tahan akan ujian yang menimpa. Hidup sentiasa dalam kegelisahan dan ketakutan.

Contoh penyakit hati?
Liat mengerjakan solat juga penyakit hati. Semuanya berpunca daripada nafsu
Nafsu yang mengarahi dan menunggangi kita umpama hamba. Ada yang bertanya, apakah itu nafsu?
Nafsu itu adalah tempat berkumpulnya kekuatan amarah (ajakan kepada kejahatan) dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Disinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, buruk, jijik, kotor dan segala rupa amalan yang membawa kepada dosa dan maksiat.
Daripada nafsu inilah, timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan juga sifat malas ini.
Sifat ini harus dikikis, dirawat dan dibuang. Dalam rangka untuk menjadi hamba Allah SWT kita mestilah menguasai diri dan dapat mendidik diri sendiri
Oleh itu, sebelum penyakit hati ini bertambah teruk mari kita merawatnya.
Dibawah ini adalah perkara paling basic untuk merawat penyakit hati :

1. Tidak Banyak Bercakap

Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.

2. Jaga Emosi dan Nafsu

Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh  itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati.
Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah dan sebagainya.
Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa Ramadhan.

3. Selalu Mengingati Allah SWT

Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan  membaca al-Qur’an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati

Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati,  kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit – penyakit  itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.
"Hatilah tempat ketundukan, kepatuhan dan ketaatan. Dan hatilah tempat taqwa bertapak dan bernaung."
 

Tuesday, 24 June 2014

Allah mengajar kita melalui banyak perkara, dan salah satunya melalui cinta. sebab Allah tahu hati manusia itu sungguh lembut dengan cinta. Allah menguji bukan tanda  tidak menyayangi, Allah menguji tanda DIA memerhati, mengasihi. saat kehilangan cinta manusia, cuba semak kembali cinta kita dengan yang Maha Esa, mungkin ada yang tidak kena. mengadulah padaNya yang maha mendengar. jangan pernah letih dan berputus asa. teruskan, teruskan dan teruskan.
Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
pedulikan cakap orang, bila kita labuhkan tudung,orang cakap nak tunjuk alim..biarkan apa orang nak kata,,yang penting kita ikut skema DIA..yang penting DIA x marah kita..siapa yang tentukan syurga neraka kita?siap yang beri kita rezeki? fikir balik..nak berubah memang susah,,sakit! banyak benda yang kena hadap..tapi percayalah..once kita lepas dari semua ini, kita akan terasa indahnya hidup if kita put trust  in HIM..pohon pada DIA agar dipinjamkan kekuatan..bersabarlah..kerana DIA bersama orang2 yang sabar..wahai sang khaliq, tetapkan hatiku padaMU..

alhamdulillah aku masih terpilih dri hamba hambaNYA untuk diberi hidayah untuk berubah, untuk lembut hati ke arah kebaikan,,hati kita DIA yang pegang, maka pohonlah padaNYA agar hati ini ditetapkan..berubah itu tak perlu drastik..at least, make a move, stepby step..insyAllah satu hari nanti..semua akan ok dengan izinNYA,,.jangan malu untuk berubah ke arah yang baik,,pedulikan kata orang..yang menilai tu Allah, bukan manusia..